Salam Ramadhan..
Hah, tu dia nama juadah berbuka Iza semalam..kih3...nama tu Iza reka sendiri sebab resepi main campak2 sekali rasa dia......MASYAALLAH...sodap bebenor la..sampai husband Iza pon makan bertambah..huhu..
Bahan-bahan dan cara-caranya sangat mudah..Actually Iza nak rasmi periuk tanah yang dihadiahkan masa majlis kahwin Iza 4 tahun lepas [hahaha...dah 4 tahun baru guna weyhh..]..so kalo korg xde periuk tanah, pakai periuk biasa pon boleh tapi pastikan api kecil ye takot hangit plak...
Resepi ni untuk makan 2 orang n sebab main campak2 so korg agak2 la jumlah ikut kuantiti ayam yang korang guna ye..
Bahan A (ditumbuk lumat) :
3 ulas Bawang Putih
1 ulas Bawang Besar
1 inci Halia
Bahan B :
Ayam (Iza masak dalam 4 ketul kecil je)
Bahan C :
1 sudu teh Sos Tiram
3 sudu makan Kicap Lemak Manis
CARA-CARANYA ;
1) Lumur Ayam dengan Bahan A yang telah ditumbuk lumat. Masukkan ke dalam periuk tanah dan tutup. Masak menggunakan api yang paling kecil.
2) Setelah 5 minit, jika air ayam sudah empuk, boleh masukkan Bahan C. Gaulkan mesra kemudian tutup penutup lagi. Biarkan mereneh dalam 5 minit lagi. SIAP!
See...mudahkan?
Tapi hasilnya memang sedap..Maaf pic Iza xsempat ambil sebab tak terfikir nak share ngan korang resepi yang mudah ni semalam..hihi..xp, nanti kalo Iza buat lagi Iza share ye..=)
Till then..
Pengedar Shaklee Tangkak Terhangat 890973
0122971341 / 0197911341
www.facebook.com/ImpianIman
Monday, July 7, 2014
Resepi Ramadhan : Ayam Kicap Claypot Inspirasi FAR
1:47 PM
No comments
0 comments:
Post a Comment